Remaja lelaki telan 80 pil darah tinggi milik ibu


15 Ramadan 1433H,
ALOR GAJAH - Seorang remaja lelaki ditemui tidak bermaya selepas dipercayai menelan 80 biji pil darah tinggi milik ibunya.
Kejadian berlaku kira-kira 12 tengahari di rumahnya di Kampung Panchor, dekat sini, Isnin lalu.
Mangsa yang berusia 18 tahun dikatakan menghubungi ibunya yang berada di pekan Alor Gajah dan meminta wang.
Sumber berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu dari dua beradik itu pada mulanya meminta wang belanja dari ibunya untuk menyara teman wanitanya yang berusia 19 tahun.
Bagaimanapun, dia kemudian bertindak menelan sejumlah pil berkenaan.
Katanya, mangsa ditemui ibunya yang pulang ke rumah dalam keadaan lemah serta mulut berbuih sebelum memanggil jiran terdekat untuk membantu membawa mangsa ke hospital kemudian dirujuk di Hospital Melaka.
“Difahamkan, mangsa bercinta dengan seorang gadis yang dipercayai mengikis duit mangsa hingga mangsa sanggup bertindak memukul dan mengherdik ibunya jika wang tidak diberi.
“Kira-kira setahun yang lalu, ibu mangsa menerima sejumlah wang pampasan kerja selepas bapa mangsa meninggal dunia dan mangsa ada meminta separuh dari wang berkenaan untuk mengubahsuai kereta milik bapanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan kejadian.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Paling Cun

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More