18 Safar 1434H,
SHAH ALAM 1 JAN : Barisan artis yang hadir di Sambutan
Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, rata-rata teruja dengan
sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk Selangor.
Bukan sahaja teruja tetapi
kebanyakkan mereka juga gugup apabila berada di tengah-tengah lautan manusia
yang hadir lebih 140,000 orang untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
Malah mereka turut memuji
penganjuran program yang bersifat ilmiah dalam usaha mempertingkatkan
pembangunan modal insan.
Program Jom Santai bersama GeMS,
Generasi Idaman Selangor itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru
dengan tema keagamaan serta bersifat santai.
Pelakon, Kamal Adli berkata
beliau sudah lama teringin untuk menghadiri program sedemikian lebih lagi
berpeluang untuk ditemuramah oleh seorang Ustaz popular, Ustaz Azhar Idrus.
Bekas juara bina badan Asia,
Datuk Malek Noor berkata sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu
ternyata luar biasa.
“Alhamdulillah, Kerajaan Negeri
Selangor berjaya mengumpulkan lautan manusia untuk ke program keagamaan seperti
ini. Inilah yang dikatakan benar-benar Islam,” katanya.
Pemain Bola Sepak negara, Wan
Zack Haikal Wan Noor berkata kehadiran pengunjung ke sambutan itu sangat ramai
sehingga beliau mula berasa kekok untuk berada di atas pentas.
“Kekok rasa, gugup pun ada kerana
semasa beraksi di padang saya rasa tidak melihat sebegini ramai,” katanya.
“Jarang kita lihat mana-mana penganjur yang akan
membuat program sebegini, biasanya lebih kepada hiburan dan hari ini kita dapat
lihat ramai anak muda yang hadir,” kata Panel tazkirah dalam slot maghrib,
Ustaz Norisham Daud.-tvs






0 ulasan:
Catat Ulasan