15 Rabi'ul awal 1434H,
SHAH ALAM: Umno-BN didakwa menangguhkan pilihan raya
beberapa kali kerana kajian dijalankan membayangkan gabungan itu akan
kehilangan kuasa di Putrajaya.
Penyelaras Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata Umno-BN kini
kelihatan dalam keadaan terdesak bagi mengekalkan kuasa diperolehnya.
Katanya, maklumat dari sumber
yang boleh dipercayai menyatakan Umno-BN pernah cuba mengadakan Pilihan Raya
Umum Ke -13 (PRU13) tetapi melupakannya kerana tidak yakin bagi memenanginya.
“Untuk pengetahuan semua, empat
kali Umno-BN pernah cuba panggil pilihan raya. Tanya pihak Kemas, tanya cikgu
sekolah, tanya polis dan tanya pimpinan Umno, mereka telah diarah bersedia
empat kali sebelum ini.
“Tetapi ternyata keempat-empat
kali mereka tidak boleh panggil pilihan raya sebab kajian menyatakan kalau dia
panggil pilihan raya iaitu Umno-BN bukan saja gagal merampas Selangor tetapi
dipaksa keluar dari Putarajaya,” katanya ketika berucap dalam majlis meraikan
jentera pilihanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.
Turut hadir, Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, katanya, Umno-BN
pada masa ini tidak boleh lagi mengelak PRU13 kerana tempoh masa bagi
pembubaran parlimen dan DUN semakin hampir ke penghujung.
Tegasnya, sama ada setuju atau
tidak, pembubaran DUN akan bermula di Johor pada 21 Mac depan diikuti negari
lain serta di peringkat parlimen pada April.
Naib Presiden PKR merangkap Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat perlu bangkit
bertindak bersama Pakatan Rakyat (PR) demi memastikan pentadbiran negara
diuruskan dengan betul dan bertanggungjawab.
“Kita nak tadbir dan selamatkan
Malaysia bukan berasaskan dendam. Tun Dr Mahathir Mohamad bersaralah, kita
tidak berminat untuk memenjarakan beliau.
“Kita berminat untuk
menyelamatkan wang rakyat dan memastikan anak cucu kita dapat menikmati
kehidupan berkualiti, tidak seperti mereka yang terus mengkhianati perjuangan
rakyat,” katanya.-tvs
.jpg)





0 ulasan:
Catat Ulasan