16 Rabi'ul akhir 1434H,
KUALA LUMPUR 27 FEB: Rancangan Ketua Menteri Melaka, Datuk
Seri Ali Rustam membina Taman Jurassic Park akan menambah bebanan hutang
kerajaan negeri sedia ada berjumlah RM900 juta, kata Pengerusi KEADILAN Melaka,
Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Ini
satu lagi projek yang tidak melalui proses kajian mendalam dan bakal
menyaksikan Melaka menambah bebanan hutang kepada kerajaan Persekutuan yang
kini berjumlah RM900 juta,” katanay ketika dihubungi.
Ahad
lalu, Ali mengumumkan pembinaan taman binatang purba ala Jurassic Park itu
bermula Mac ini dan dijangka siap dua tahun lagi dengan melibatkan kos RM200
juta.
Taman
berkeluasan 12 hektar itu adalah hasil pemeteraian perjanjian antara kerajaan
negeri melalui Yayasan Melaka dengan Eden Incorporation Berhad dan akan dibina
di atas Dataran 1Malaysia.
“Ali
Rustam terkenal dengan ideanya yang ‘buat dahulu kemudian baru tengok
kewajarannya’. Disebabkan itu banyak projek-projek dibangunkan beliau sebelum
ini gagal,” kata Shamsul mengulas perkara itu.
“Lihat
saja Eye on Malaysia yang menemui kegagalan dan terpaksa dipulangkan balik. Muzium Kereta (Muzium Pengangkutan
Melaka) yang kini hanya tinggal empat kereta saja. Begitu juga bas bertingkat
yang mahu tiru kota London, sekarang tak tahu di mana, malah monorel yang
beliau sendiri akui sudah 27 kali rosak,” jelas Shamsul.
Menurut
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu lagi, pembinaan taman itu bukanlah
cadangan yang tepat untuk meningkatkan kadar pelancongan di Melaka.
“Ketua
Menteri sepatutnya fokus kepada nilai-nilai sejarah yang sinonim dengan Melaka.
Bukan menghapuskan kesan-kesan sedia ada seperti yang beliau lakukan terhadap
Dataran Pahlawan yang kini dibina pusat beli-belah,” bidasnya.
“Justeru
kita desak Ali Rustam kaji semula pembinaan taman membazir itu, sebaliknya bina
semula identiti Melaka yang tiada seumpama itu di mana-mana negara lain,”
katanya.
Dataran
1Malaysia di Pantai Klebang akan turut menempatkan Melaka Sea World di atas
tapak berkeluasan 60.7 hektar, selain membina projek-projek lain termasuk Dataran
Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai
RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta.-Kd






0 ulasan:
Catat Ulasan