2 Rabi'ul akhir 1434H,
KETEREH: Mungkinkah
ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad
Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia?
Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan
Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28
April depan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana
politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula
muncul isu lain.
Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain
pula bagi meneruskan kuasa yang ada.
“Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada
keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam.
“Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang
dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan
rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat tarikh tarikh PRU13,” katanya
pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi.
Pada program berkenaan diadakan solat hajat diketuai anggota
jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.
Program yang bermula solat Maghrib diadakan di padang Maahad
Tahfiz Sains Kok Lanas disertai ribuan rakyat Kelantan.
Isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlarutan hampir sebulan
berakhir dengan tragedi berdarah apabila ramai penceroboh dan anggota
keselamatan menjadi korban.
Bagaimanapun isu berkenaan menjadi begitu rumit apabila berita
dari Manila mendakwa komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang
pernah dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di
Sabah.
Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam ketika memberitahu
Buletin Manila, MNLF disebutnya mempunyai simpanan senjata yang banyak
disembunyi di Sabah dibekal pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah
telah menyertai perjuangan pasukan Sulu.
Sebelum ini isu kad pengenalan kepada warga asing dibongkar pada
perbicaraan dikendalikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah, di mana
ada dakwaan ribuan penduduk Filipina diberi IC.
Husam berkata, projek IC ada kaitan dengan usaha bagi menumbangkan
kerajaan PBS di Sabah pada 1995.
Oleh itu katanya, kebimbangan sekarang kerajaan boleh mengulangi
sejarah yang pernah dilakukan dengan mengisytiharkan Mageran (darurat) di
Kelantan pada 1977 bagi menumbangkan kerajaan PAS.
Beliau juga meluahkan rasa terkejut ketika isu keselamatan
diperkatakan meluas, Majlis Keselamatan Negara pula dikatakan menganjur forum
politik di Tanjung Chat dengan mengundang pemimpin Umno dan wakil dari selatan
Thailand.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan
berkata, projek IC membabitkan ramai warga asing kemungkinan besar akan
menimbulkan krisis serupa pada masa datang.
“Sekarang rakyat Filipina yang membuat onar, mungkinkah pada masa
hadapan rakyat Indonesia, Bangladesh atau mana-mana negara yang diberi IC
mengambil tindakan serupa.
.jpg)





0 ulasan:
Catat Ulasan