25 Rabi'ul akhir 1434H,
MELAKA: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila
melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu
tapak ceramah di Kampung Bukit Katil di sini, malam tadi.
Keadilan Daily melaporkan, dalam
kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri
Anwar Ibrahim pecah dibaling batu, malah Ketua Umum PKR itu juga terkena
serpihan kaca.
“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng
Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.
Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata
selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya
berlumuran darah akibat dibaling batu.
Wartawan Keadilan
Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut
terkena serpihan kaca di muka.
“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka
saya, ada yang masuk mulut,” katanya.
Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai
kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur
kata-kata kesat.
Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan
pemimpin Umno di ceramah berdekatan.
Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU)
berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah
merempuh benteng.






1 ulasan:
ganas. itulah yang orang kata. anak-anak muda upahan dalam umno memang dikerah begitu. mereka sanggup buat apa sahaja. hanya ke lahad datu je yang mereka tak berani. lawan dengan bas buat apa? nampak politik umno dah kebudak-budakan.
Catat Ulasan