Lebih 25 Buah Binaan dan Bangunan Yang Rosak, Roboh dan Runtuh Sejak 2008

11 Rejab 1434H,

KUALA TERENGGANU -  Sejak peristiwa perobohan masjid Bujal, banyak binaan dan bangunan terutamanya yang dibina oleh kerajaan Umno-BN, khususnya dibina sewaktu zaman Idris Jusoh telah rosak, roboh dan runtuh.

'Badi' keruntuhan tersebut yang tidak henti-henti sehingga runtuhnya Masjid Binjai Kertas semalam 20 Mei, 2013, seolah-olah menjadi 'siri' runtuhan yang menyebabkan negeri Terengganu Darul Iman digelar sebagai 'Darul Runtuh'.

Ada binaan yang sudah disiapkan, tetapi tidak lama selepas itu telah runtuh dan rosak binasa seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. 

Manakala ada yang runtuh sebahagiannya, setelah siap dibina seperti masjid Kampung Lingai di Batu Rakit, masjid Kampung Batu Putih di Kemasik dan yang terbaru, masjid Kampung Binjai Kettas di Kuala Berang.

Ada binaan awam yang sudah siap, tetapi tidak dapat digunakan kerana 'takdir Allah', walau pun segala kepakaran yang ada pada manusia, bangunan tersebut yang dibina begitu baik, tiba-tiba tanahnya mendap dan bangunannya rosak seperti Pasar Baru Kampung Binjai Kemaman, Sekolah enengah Kebangsaan Alor Limbat dan masjid al-Redga di kampung Manir.

Ada bangunan yang belum pun siap, tetapi telah roboh dan runtuh semasa pembinaannya seperti bangunan Universiti Malaysia Terengganu dan Pentas Astaka di bandar Jertih, Besut.

Dan banyak lagi bangunan-bangunan yang terdapat 'cecat cela' yang kesemuanya itu, menyebabkan kerajaan terutamannya rakyat Terengganu telah mengalami kerugian ratusan juta ringgit.

Berikut dilampirkan senara terbaru binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008;

1.    Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh    : 12 April 2008
Harga    : RM 2 juta

2.    Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh    : 2 Jun 2008
Harga    : RM292 juta
Punca    : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3.    Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga :  RM 18 juta

4.    Siling  Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga  : (Terminal ) RM123 juta

5.    Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh    : 15 Mac 2009

6.    Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh    :  6 Ogos 2009.
Harga    : RM15 juta

7.    Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh    : 3 Oktober 2009
Harga    : RM 2.1 Juta

8.    Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh    : 21 Disember 2009
Harga    : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju    : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca    : Tiada pemantauan semasa

9.    Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh    : 29 Mac 2010.

10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang 
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina

10. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012

12.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012

13. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah;

1.    Binjai Souq
2.    Bazaar Warisan
2.    Masjid Kristal Tarikh : 22 November, 2008
3.    Masji Kg Lingai Tarikh : 4 November 2009 Harga : RM3 juta
4.   Taman Tamadun Islam – Stor Dewan runtuh pada Julai 2010 
5.    Masjid An Naim Dungun
6.    Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga; RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulih
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar Baru Kedai Buluh
8. Pasar Baru Manir
9.    Dewan Serbaguna dan Masjid di KETENGAH
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil
11. Pagar padang sintetik KampungTok Jiring, beluam dirasmikan runtuh dipukul ribut pada 2 Mei, 2013.-BO

Model GST Singapura Tak Relevan Untuk Malaysia, Hanya Bantu Orang Kaya

11 Rejab 1434H,

PETALING JAYA, 21 MEI: Menjadikan pengutipan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) di Singapura sebagai model tidak bersesuaian berikutan pendapatan perkapita rakyat negara ini jauh lebih rendah berbanding Singapura.
Mengenakan GST sebanyak tujuh peratus seperti yang dibayangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini juga membimbangkan kerana bercanggah daripada kadar empat peratus seperti yang dicadangkan Kementerian Kewangan sebelum ini.
“Menjanjikan penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan untuk off-set GST hanya membantu orang kaya.
“Dalam erti kata lain, plan GST BN adalah regresif dan pada dasarnya akan melihat majoriti rakyat membayar lebih cukai daripada minoriti kaya,” kata Pengerusi Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR,  Wong Chen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Merchant Square semalam.
Menurut Wong Chen, Idris juga gagal memaklumkan keadaan sebenar Singapura ketika melaksanakan GST pada 1994 tidak terus mengenakan tujuh peratus, sebaliknya hanya mengenakan tiga peratus, dinaikan kepada empat peratus pada 2003 dan hanya 13 tahun kemudian pada 2007 barulah mencapai tujuh peratus.
Menurut Wong Chen yang juga merupakan Ahli Parlimen Kelana Jaya itu, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha membaiki kelemahan asas cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah sekaligus mampu mengurangkan defisit negara.
Menurut beliau kelemahan asas cukai berpunca daripada fakta bahawa pendapatan majoriti rakyat Malaysia adalah masih rendah sekaligus berada di bawah paras had pembayar cukai.
Pada April tahun lalu, kerajaan menangguhkan lagi bacaan Rang Undang-Undang GST buat kali ketiga selepas pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat sejak tahun 2009.
Langkah penangguhan tersebut diambil dipercayai disebabkan kebimbangan BN akan ditolak dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.
Bagaimanapun BN selepas mencapai kemenangan dengan majoriti merosot berbanding PRU-12 sebelumnya, dijangka tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan GST selepas diluluskan dengan sokongan wakil rakyat BN di Dewan Rakyat nanti.-tvs

Ni lagi kenyataan memperbodohkan rakyat, kali ini dari MP Papar!

9 Rejab 1434H,

"
Assalamualaikum,,..

Sejak PRU 13, tak putus putus kenyataan memperbodohkan rakyat dikeluarkan oleh pemimpin UMNO.Saya terbaca kenyataan dari Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Rashid Shirlin (sekarang sudah jadi menteri atau timbalam menteri kerajaan Najib) yang menyatakan antara lain:

"Kita semua tahu bantahan jalanan pasti akan menimbulkan kekacauan dan mengancam keselamatan negara", merujuk kepada perhimpunan black out 505.Seperti pemimpin UMNO lain, MP Papar turut bersubahat menuduh PR menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya dan tidak menghormati pilihan rakyat yang telah memberi mandat kepada BN.

Inilah auta yang cuba memperbodohkan rakyat kerana lebih 51% rakyat MALAYSIA sudah tahu keputusan PRU dicapai melalui manupulasi dan komplok penipuan yang melibatkan SPR, pengurus pilihanraya.

Kenyataan sedemikian boleh menambahkan lagi kemarahan majoriti rakyat kepada UMNO.Keluhan seorang rakan menceritakan bagaimana marahnya rakyat kepada penipuan yang dilakukan, katanya, kalau PR yang kita sokong sebagai pemimpin kita tidak melakukan sesuatu tentang penipuan ini, maka sia sialah sokongan kita selama ini.

Untuk itu, suka saya menyampaikan mesej kepada pemimpin UMNO agar menginsafi dan menyedari bahawa sebarang kemungkinan kekecohan dan kekacauan yang berpunca dari keputusan PRU adalah perpunca dari UMNO, bukan PR.Kita tidak mahu negara jadi huru hara kerana keengganan UMNO mengakui penipuan mereka sedangkan penipuan yang berlaku sudah tidak dapat dibendung lagi, semua orang yang ada di pusat mengundi termasuk penyokong UMNO boleh melihat dengan jelas, jadi kenapa mahu menyembunyikannya atau menafikannya?

MP Papar turut berbohong apabila mengatakan keputusan PRU ialah keputusan majoriti rakyat kerana rakyat tahu majoriti rakyat sebenarnya memihak kepada PR, BN terselamat bukan kerana majoriti rakyat tetapi majoriti kerusi yang dicapai oleh manupulasi undi.

Tiada apa yang dapat menafikannya dan di pihak PR, mereka mesti membantah keputusan PRU yang penuh tipu muslihat yang pula enggan diakui oleh UMNO, kerana majoriti rakyat mengharapkannya.PR tiada pilihan dan dalam masa yang sama harus mengelakkan berlakunya rusuhan.

Setakat ini kesemua bantahan jalanraya yang dibuat tidak melibatkan rusuhan dan tidak mengancam keselamatan negara walaupun pulunan ribu rakyat turun, jadi untuk pemimpin UMNO tak usah nyayikan lagu ini kerana ianya hanya menambah kemarahan majoriti rakyat.

Untuk perhatian UMNO, di negeri yang dimenangi BN seperti Negeri Sembilan, Johor dan Perak, kehadiran rakyat yang tidak puas hati mungkin melebihi majoriti undi yang diperolehi BN di negeri terbabit.

Sementara di Papar sendiri ada halangan yang tidak dapat diatasi oleh PR seperti pengundi yang tidak keluar pengundi kerana tidak setuju dengan calon PR di sana yang menjadi antara faktor UMNO menang, jadi kepada MP Papar jangan sombong dan tidak sedarkan diri kerana rakyat yang tidak suka UMNO semakin bertambah."

Oleh: notan

BN Selangor kalah besar, Noh jadi mangsa Najib

8 Rejab 1434H,

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak jadi Perdana Menteri kerana hanya tahu mengkambinghitamkan Datuk Seri Noh Omar dan enggan mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menganggap Noh yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjadi mangsa akibat keengganan Najib bertanggungjawab atas kekalahan besar BN di Selangor.

"Hampir semua pihak menganggap Noh digugurkan dari kabinet sebagai hukuman ke atasnya akibat kekalahan teruk BN di Selangor," kata Mahfuz.

BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Malah, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat.

Pemerhati berpendapat, Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja  Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.

Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila sebarang tempat dalam kerajaan.-HD

PM sudah tidak wajar pegang Menteri Kewangan

6 Rejab 1434H,


KUALA LUMPUR: Portfolio Menteri Kewangan sewajarnya tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri sebaliknya diberi kepada timbalannya bagi mewujudkan budaya semak imbang di peringkat tertinggi kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan kewangan negara.

Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Syahir Sulaiman, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut sejak 1998.

Dalam tempoh ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan disambung oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Negara sangat memerlukan budaya ‘semak dan imbang’ (check and balance), bukannya budaya ‘cek dan baki’ (cheque and balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan.

"Dasar fiskal negara yang disuburkan oleh sistem urus tadbir yang tidak pruden, dek kuasa yang diberi pada orang yang sama memegang jawatan CEO dan CFO dalam kerajaan.

"Hatta di peringkat persatuan, kelab dan masjid, seorang pengerusi tidak boleh turut memegang jawatan bendahari, bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah," kata Pengarah Institut Polisi Studi DPPM itu.

Kabinet yang diumumkan Najib petang semalan membabitkan 24 kementerian membabitkan 33 jawatan Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, 26 Timbalan Menteri, termasuk seorang Senator sedia ada dan lima lagi Senator (dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri) akan dilantik.-HD

Masalah Melayu Pulau Pinang Warisan Umno-BN

6 Rejab 1434H,
SHAH ALAM: Masalah Melayu Pulau Pinang yang ada kini adalah ‘warisan’ yang gagal ditangani dengan baik oleh pentadbiran BN sebelum ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP sentiasa berhadapan dengan tohmahan daripada BN kononnya meminggirkan masyarakat Melayu.
Hakikatnya ia adalah propaganda media kawalan Umno-BN yang memainkan sentimen itu dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat(PR) tidak membela kebajikan orang Melayu.
Contohnya berkenaan perobohoan 20 gerai yang melanggar undang-undang sebenarnya hanya melibatkan empat gerai dimiliki Melayu tetapi yang dicanang di media seolah-olah keseluruhan gerai Melayu dirobohkan.
“Ada kes di mana gerai milik Cina tetapi dalam media menjadi gerai Melayu, Kerajaan Pakatan Rakyat lah yang terus mempertahankan Kampung Tradisi Melayu, dalam masa pemerintahan PR lima tahun tidak ada rumah Melayu yang dirobohkan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel panel Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu, di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, pelaksanaan sistem tender terbuka mewujudkan pelaksanaan projek yang telus dan bebas rasuah melalui sistem e-tender dan e-perolehan yang menguntungkan kontraktor Bumiputera.
“Apabila mempunyai sebuah kerajaan bersih maka akan wujiud sebuah pentadbiran yang bersih, selepas lima tahun sistem tender terbuka dilaksanakan hampir 80 peratus dimenangi oleh kontraktor Bumiputera.
“Pelaburan asing juga meningkat, kini sebanyak RM36 bilion pelaburan asing diperolehi dalam tempih lima tahun berbanding RM18 bilion oleh kerajaan terdahulu,” kata beliau.
Wacana kali ini turut mengetengahkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Program ini dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin yang dihadiri kira-kira 500 orang dalam program wacana itu.-tvs

GPMS Sepatutnya Ketengahkan Masalah PRU 13-Dr Dzul

5 Rejab 1434H,
SHAH ALAM 15 MEI : Gesaan lucut kewarganegaraan terhadap rakyat Malaysia yang membantah keputusan pilihanraya ke-13 adalah tindakan reaktif berasaskan emosi.
Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia juga tidak mengendahkan masalah-masalah yang mencacatkan proses pengundian pada hari itu.
Dr Dzulkefly berkata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, selaku gabungan terpelajar yang besar, sewajarnya lebih proaktif untuk mengangkat isu tersebut untuk diselesaikan.
Akhbar Kosmo melaporkan GPMS melalui Setiausaha Agung Zambri Mohd Isa mahu kewarganegaraan 21 rakyat Malaysia yang menunjuk perasaan terhadap dakwaan penipuan PRU13 di Singapura Rabu lalu dilucutkan.
Zambri berkata perbuatan mereka itu menjatuhkan imej negara.
“GPMS macam tidak memahami perkara latar seperti tidak mahu dan enggan menerima akan hakikat bahawa pilihanraya itu yang sarat dengan perkara yang dipertikaikan.”
Beliau menambah rakyat yang membantah keputusan PRU13 lalu itu terbit dari keprihatinan yang serius akan sistem demokrasi Malaysia.
“Penggesaan untuk melucutkan warganegara ini adalah diambil dengan cara sangat emosi.
“Bantahan seperti ini adalah masih lagi sifatnya demokratik, tambahan bukti-bukti itu makin nyata dan semakin meluas,” kata Dzulkefly.

Najib bertambah seksa selepas menang

4 Rejab 1434H,

KUALA LUMPUR:
 Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.

Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus 'kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133.

"Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung," kata Dr Dzulkefly Ahmad dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.

Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek 'tawan Selangor'nya.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal.

"Sebaliknya  PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor," kata Dr Dzulkefly.

Kata beliau, Najib kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air.

Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%.

Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya.

BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau 'First pass the post'.

Kalau kalau sistem 'perwakilan berkadar' (Proportional Representation),  sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.

Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa 'BN menang dengan pelbagai penipuan'.

"Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan  seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk," tambah beliau.

Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.

Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.

"Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya AlLah.

"Kita redha takdir tetapi tidak samasekali boleh menerima penipuan....sampai bila mahu begini?" katanya tegas.-HD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Paling Cun

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More